Dasar Privasi

Kemas kini terakhir: 17 Ogos 2026

Dasar ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan dan melindungi maklumat peribadi anda, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA).

1. Maklumat yang kami kumpul

Laman ini tidak menyimpan maklumat borang anda pada mana-mana pelayan. Bila anda mengisi borang dan menekan butang, maklumat tersebut disusun menjadi mesej WhatsApp pada peranti anda sendiri, kemudian WhatsApp dibuka untuk anda hantar. Anda yang menekan hantar, bukan kami.

Maklumat yang disusun dalam mesej tersebut:

  • Nama penuh
  • Nombor telefon
  • Umur (kalau anda isi)
  • Negeri (kalau anda isi)
  • Jenis khidmat yang anda berminat
  • Maklumat yang anda tulis sendiri dalam ruangan mesej

Selepas anda hantar, mesej tersebut berada dalam akaun WhatsApp kami dan tertakluk juga kepada dasar privasi WhatsApp.

2. Kenapa kami kumpul

  • Untuk menghubungi anda berkenaan permohonan yang anda hantar
  • Untuk menyediakan cadangan yang sesuai dengan keadaan anda
  • Untuk menyimpan rekod perbincangan dan susulan
  • Untuk mematuhi kehendak pengawalseliaan yang terpakai

Kami tidak menjual maklumat anda kepada mana-mana pihak.

3. Dengan siapa kami kongsi

Maklumat anda hanya dikongsi apabila perlu, iaitu:

  • Dengan pengendali takaful yang berkaitan, apabila anda memilih untuk meneruskan permohonan dengan mereka
  • Dengan Capspring Temasik Financial Group Sdn. Bhd. sebagai penasihat kewangan yang menaungi
  • Dengan Wasiyyah Shoppe Berhad, untuk urusan perancangan harta yang anda pilih untuk teruskan
  • Apabila dikehendaki oleh undang-undang atau pihak berkuasa

4. Berapa lama disimpan

Oleh kerana perbualan berlaku dalam WhatsApp, mesej anda kekal dalam sejarah chat kami selagi ia diperlukan untuk tujuan di atas, atau selagi dikehendaki oleh undang-undang dan kehendak pengawalseliaan. Anda boleh minta perbualan anda dipadam pada bila-bila masa, tertakluk kepada kewajipan penyimpanan rekod yang terpakai.

5. Kuki dan penjejakan

Laman ini mungkin menggunakan Google Analytics dan Meta Pixel untuk memahami cara pelawat menggunakan laman, serta mengukur keberkesanan iklan. Alat ini menggunakan kuki.

Anda boleh matikan kuki melalui tetapan pelayar anda. Laman ini tetap berfungsi tanpa kuki, cuma kami tidak dapat mengukur trafik dengan tepat.

6. Hak anda di bawah PDPA

  • Meminta akses kepada maklumat peribadi anda yang kami simpan
  • Meminta pembetulan maklumat yang tidak tepat
  • Menarik balik persetujuan untuk kami menghubungi anda
  • Meminta maklumat anda dipadam

Untuk melaksanakan mana-mana hak di atas, hubungi kami menggunakan butiran di bawah. Kami akan balas dalam masa 21 hari bekerja.

7. Keselamatan

Kerana laman ini tidak menyimpan maklumat borang pada pelayan, tiada pangkalan data pelawat yang boleh dibocorkan dari laman ini. Perbualan anda dilindungi oleh penyulitan hujung ke hujung WhatsApp. Walaupun begitu, tiada sistem dalam talian yang boleh dijamin 100% selamat.

8. Hubungi kami

Email: hisyammustapha.takaful@gmail.com
WhatsApp: 012-492 7057

← Kembali ke laman utama